KUALA LUMPUR: Terdapat dua komoditi di pasaran global yang dimiliki Malaysia, kini sedang menunjukkan kenaikan harga.

Minyak mentah Brent naik 0.39 peratus kepada AS$53.85 setong.

Manakala West Texas Intermediate naik 0.35 sen kepada AS$51 setong.

Petanda baik ini diharap dapat membaiki ekonomi negara seterusnya memulihkan tukaran mata wang kepada RM4.2 berbanding AS$1 pada suku ketiga tahun ini.

Sementara, pasaran getah Malaysia meneruskan peningkatan ketaranya apabila ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Kenaikan harga getah didorong prestasi pasaran hadapan komoditi di Tokyo, selain faktor kenaikan harga minyak mentah utama.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 26.5 sen kepada 956.5 sen sekilogram dan naik pada 5 petang 17.5 sen kepada 969.5 sen sekilogram.

Sementara, susu getah pukal naik kepada 659 sen sekilogram pada petang.

Pasaran hadapan di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir empat minggu susulan kebimbangan penggiat pasaran mengenai kemungkinan bekalan getah terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di Thailand. – Sarawakvoice