Astana berkecuali dalam prosedur pelantikan pemangku Ketua Menteri

KUCHING: Peringatan kepada pihak media dan orang awam khasnya pengguna media sosial di negeri ini harus berhati-hati dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai pemergian Ketua Menteri Sarawak Almarhum Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem.

Adalah amat mendukacitakan dan dikesali bahawa dalam keadaan Negeri Sarawak kehilangan pemimpin yang amat dihormati dan disegani, telah dicemari dengan berita-berita palsu termasuk mengaitkan Astana Negeri Sarawak dengan berita yang tidak berasas sama sekali.

Dalam keadaan ini, pihak media dan orang awam khususnya pengguna media sosial perlu sedia maklum bahawa pelantikan Ketua Menteri termasuk secara pemangkuan perlu mengikut prosidur dan peraturan tertentu.

Pihak Astana Negeri Sarawak adalah berkecuali dalam proses pelantikan ini. – Sarawakvoice

Leave a Reply