Viral pelantikan pemangku Ketua Menteri palsu — Astana Negeri

KUCHING: Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) hari ini menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk membuat kenyataan mengenai pelantikan pemangku Ketua Menteri dan atur cara majlis pengebumian YAB Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Haji Adenan Satem.

Menurut Pejabat Astana Negeri, kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat perhatian.

Untuk makluman, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri merupakan organisasi yang tidak terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan politik negeri Sarawak. (Astana Negeri) – Sarawakvoice

screen-shot-2017-01-11-at-21-03-17

Leave a Reply