Taktik longgok balak tepi sungai dihidu, lagi balak haram dirampas di Sibu

SIBU: Sejumlah 160 batang balak pelbagai spesies bernilai RM55,000 yang tidak mempunyai permit Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berjaya dirampas

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 di Batang Rejang, berhampiran Kampung Banyok, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, kejayaan Ops Ensura ini adalah hasil maklumat awam yang menyedari sejumlah balak diikat di tebing sungai berkenaan.

Pemeriksaan lanjut sekitar jam 10.15 pagi itu mendapati wujud elemen yang mencurigakan, dengan balak tersebut berkemungkinan dikeluarkan secara haram dari hutan berdekatan.

“Tiada tangkapan dilakukan namun kes ini disiasat mengikut Seksyen 90 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

“Balak yang dirampas kemudian diserahkan kepada JHS untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. – Sarawakvoice

balak-sg-sibu00 balak-sg-sibu01 balak-sg-sibu02

Leave a Reply