SFC rampas 33 balak haram di Jalan Stabau, Sibu

SIBU: Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada Isnin lalu memulakan kempen penguatkuasaannya untuk tahun 2017 dengan menangkap aktiviti pembalakan haram di Jalan Stabau, Salim, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, SFC berkata, pihaknya bertindak atas maklumat yang diterima daripada pihak polis berhubung usaha pihak tertentu untuk mengeluarkan kayu dari hutan berdekatan.

balak-haram-sibu01 “Sepasukan anggota SFC daripada Pusat Sehenti Pematuhan (OSCC) Mapai dan Pejabat Wilayah Sibu kemudian menyerbu lokasi yang dilaporkan pada hari yang sama.

“Serbuan tersebut menemukan sejumlah 33 balak haram spesies Terap dan Benuang yang telah dipotong menjadi balak pendek yang kemudian dirampas.

Jelas kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati kayu balak itu telah ditebang dari hutan bersebelahan dan ditinggalkan di tepi jalan sementara menunggu pengangkutan keluar dari kawasan tersebut.

“Kayu balak ini kemudian ditahan dan disita setelah siasatan mengesahkan ia dilakukan tanpa lesen.

Satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sibu Jaya pada Selasa, kata SFC lagi.

“Kes diserahkan kepada pihak berkuasa yang relevan hari ini untuk siasatan lanjut dan proses pelupusan.” – Sarawakvoice

balak-haram-sibu00

Leave a Reply