BEIJING: Seorang profesor  universiti berusia 62 tahun di China telah dipecat selepas dia mengkritik Pengerusi pertama Parti Komunis negara itu, Mao Tze Tung atau Mao Zedong hingga mencetuskan kemarahan golongan berhaluan kiri.

Profesor jurusan seni, Deng Xiaochao, dari Universiti Shandong Jianzhu, menurut Reuters,  memuat naik komen dalam laman sosial Weibo pada 26 Disember.

Beliau bersikap kritis terhadap Mao, perkara yang jarang-jarang dilakukan rakyat China secara terbuka.

Deng berkata, Mao bertanggungjawab atas masalah kebuluran yang mengakibatkan kematian tiga juta orang, selain Revolusi Budaya yang mengorbankan dua juta orang.

Kritikan sedemikian mengundang padah dan tentu tidak disenangi pihak universiti, parti dan kerajaan yang memerintah.

Penyokong Mao telah mengadakan protes terhadap Deng dengan melaungkan, ‘sesiapa menentang Mao ialah musuh rakyat’.

Komen berkenaan telah dipadam, namun imejnya sempat dirakam dan disebarkan sehingga menjadi viral di negara 1.3  bilion jiwa itu.

Kritikan itu dilakukan ketika ulang tahun ke-123 kelahiran tokoh itu melalui komen yang dimuat naik atas talian di sebalik rasa rasa hormat sebahagian besar daripada 1.3 bilion rakyat China beliau.

Beliau ialah pengasas China moden serta wajahnya masih terpapar di setiap not mata wang yuan.

Mao meninggal dunia pada 9 Disember 1976.

Akhbar tabloid Global Times pada Isnin melaporkan bahawa Deng disingkir daripada jawatannya sebagai kaunselor dalam pentadbiran wilayah Khamis lalu.

Jawatankuasa universiti  melalui satu  kenyataan berkata, Deng tidak lagi berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan tidak dibenarkan menganjurkan acara sosial di kampus.

Pentadbiran Shandong berkata,  Deng  dipecat kerana  melanggar peraturan negara dan kerajaan. – Sarawakvoice

Leave a Reply