NEW YORK: Pada Pameran Perjalanan New York Times (NYTTS) 27-29 Januari ini Tourism Malaysia membawa busana Malaysia termasuk busana berwarna-warni penduduk etnik Sabah dan Sarawak untuk menarik perhatian pengunjung.

Presiden Tourism Malaysia New York Ahmad Johanif Mohd Ali ketika ditemu bual wartawan Bernama di pejabatnya di New York berkata, pengunjung digalak mencuba dan memakai busana ini untuk dimuatkan dalam Facebook Toursim Malaysia.

Pameran yang menonjolkan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pengembara Amerika Utara itu berusaha menarik kehadiran sejumlah besar syarikat perniagaan dan pengguna.

Tiga tarikan utama Malaysia ditonjolkan dalam pameran tersebut iaitu budaya, pengembaraan dan alam semula jadi.

Malaysia menghadapi saingan sengit dalam sektor pelancongan dan kelembapan ekonomi global menyebabkan jumlah pengembara menurun kebelakangan ini.

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2016, kehadiran pelancong Amerika Syarikat ke Malaysia susut 7.9 peratus, menurun 149,696, berbanding 162,544 dalam tempoh sama 2015.

Sepatutnya dengan penurunan nilai ringgit sekarang, pelancong dari Amerika semakin ramai mengunjungi Malaysia.

Rakyat Amerika menyukai Malaysia kerana rakyatnya sangat mesra, tidak lokek dengan senyuman.

Manakala, pelancong Amerika juga mudah bergerak di Malaysia kerana kebanyakan rakyat Malaysia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Papan tanda jalan juga dalam ditulis dalam bahasa Inggeris.

Sebagai alternatif menggantikan khidmat Malaysia Airlines yang terhenti penerbangannya ke destinasi Amerika, Tourism Malaysia bergantung dengan khidmat Singapore Airlines, Turkish Airlines malah Emirates, Etihad dan Qatar membawa pelancong Amerika ke Malaysia. – Sarawakvoice

Leave a Reply