PUTRAJAYA: Sebanyak 140 iPhone dan 86 iPad jenama Apple tiruan bernilai RM350,000 berjaya dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Klang, Selangor pada Isnin.

Selepas menerima aduan, pihak KPDNKK mengambil masa tiga bulan melakukan risikan sebelum lima pegawai penguat kuasa KPDNKK dan dua wakil pemilik cap dagang Apple menyerbu premis berkenaan.

Penguat kuasa KPDNKK mengambil keterangan 20 pekerja di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin barangan tiruan tersebu dirancang untuk dipasarkan secara dalam talian bagi pasaran United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – Sarawakvoice

Leave a Reply