Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem meninggal dunia

November lalu saya sepatutnya menjadi moderator kepada sesi ‘townhall’  dengan tetamunya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Namun, akhirnya sesi itu tidak dihadiri Adenan kerana beliau sakit.

Saya difahamkan oleh penganjur, Adenan sendiri yang mahu saya menjadi moderator.

Sesi itu digantikan oleh timbalannya, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Dalam beberapa bulan lalu di beberapa majlis, saya dapati beliau memang kelihatan tidak sihat. Ketika itu, saya berdoa dan amat mengharapkan beliau terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.

Adenan yang seperti kita semua tahu merupakan Ketua Menteri yang telah banyak membawa perubahan dan segala tindakannya mendapat dukungan kuat daripada rakyat.

Mulai menyandang jawatan itu pada 28 Februari 2014, mengambil alih daripada Tun Abdul Taib Mahmud, Adenan segera menjadi ikon dan pujaan ramai. Penarafan poulariti beliau mencecah 85 peratus menjelang pilihan raya negeri pada Mei lalu.

Adun Tanjung Batu yang mempunyai lima orang anak itu dilihat begitu bersungguh-sungguh dan komited untuk membawa Sarawak ke hadapan.

Adenan bagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Meskipun sedar beliau menghidap penyakit, namun Adenan bagai tidak pedulikan semua itu.

Adenan 27 Januari 1944 telah meninggalkan kita dengan jasa besarnya.

Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Beliau kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

Ulasan lanjut menyusul. – Sarawakvoice

erre

adenan-meninggal02 adenan-meninggal01 adenan-meninggal00

Leave a Reply