KUALA LUMPUR: Menteri dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak atas pemergiannya hari ini.

Dalam kenyataan kepada media sebentar tadi, Rohani berkata jasa Allahyarham terutamanya kepada negeri dan rakyat negeri Sarawak amat besar.

“Malah Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

“Allahyarham sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh Kementerian menerusi kehadirannya dalam setiap program yang dianjurkan oleh KPWKM.

“Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang bertakwa,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Leave a Reply