Gadis 16 tahun patah kaki terjun kereta elak dirogol teman lelaki

MIRI: Menyelamat diri daripada manjadi mangsa rogol teman lelakinya sendiri, pelajar tingkatan empat sanggup melompat terjun dari kereta yang sedang bergerak.

Tragedi di Jalan Batu Satu, Kuala Baram pagi Isnin itu menyebabkan remaja berusia 16 tahun itu patah kaki tulang kaki kiri dan calar kedua-dua tangan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan, ibu mangsa, 37, membuat laporan polis selepas anaknya memaklumkan kejadian terbabit kepadanya.

Polis berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 17 dan 18 tahun di dua lokasi berbeza, satu di Jalan Promin Jaya 2A dan satu lagi Jalan Chia Tze Chin sekitar 11.50 malam pada Isnin.

Kedua-dua suspek membawa mangsa sekitar 11 pagi ke arah Batu Satu dan suspek yang duduk di belakang mula mengganggu mangsa.

Menurut Khoo, mangsa nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak menyebabkannya cedera.

Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

Polis turut merampas Toyota Surf yang diguna oleh suspek semasa kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice

Leave a Reply