KUCHING: Akaun KCH Steam Burger berkaitan tawaran Burger Kukus berharga 10 sen di Facebook dikongsi 3,400 netizen dan mendapat 1,600 like menjelang tawaran dibuka 7 malam, Sabtu ini.

Bagi peminat burger yang mahu merasai perbezaan burger kukus yang pertama dijual di Kuching, adakah anda fikir anda sempat membelinya dengan harga semurah itu dan dalam masa sesingkat itu?

Promosi luar biasa KCH Steam Burger berbunyi: “#shareIfULike PERTAMA KALI DI KUCHING !! BURGER HOMEMADE BERHARGA 10 SEN !!

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk dapatkan Burger Kukus bernilai RM0.10 jak di KCH Steam Burger.

Serius, mun kitak mena – mena maok.. Serbu premis kamek orang di

Tempat : Family Cafe

Tarikh : 14 Januari 2017

Masa : 7 p.m.

Sila Share & Tag supaya sik terlepas kelak ok..”

KCH Steam Burger beroperasi di Jalan Haji Taha, Kuching menawarkan tiga set burger kukus berbeza; set belalak (nak lagi), set rangkak (pelahap), dan set bongan (perakus).

Bagaimanapun, tidak ramai netizen mencapai maklumat tambahan di akaun Facebook berkenaan bahawa tawaran burger kukus tersebut hanya untuk 200 pembeli pertama.

“KAMEK NAK BERIK SPECIAL OFFER UNTUK 200 ORANG PERTAMA

200 orang terawal akan dapat burger bernilai RM7 dengan harga RM0.10 jak. SERIUS!! RM 0.10 JAK!!

mek tauk ktk dh sik sabar nak mok dapatkan burger tok..”

Menurut admin Facebook tersebut, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, kuota 200 burger tersebut pernah habis dalam tempoh masa kurang 30 minit!

Ini bermakna tawaran ini akan berlangsung setengah jam sahaja untuk berakhir 7.30 malam!

Pada Isnin, semalam, KCH Steam Burger pernah membuat tawaran 48 jam untuk memberi kupon percuma bernilai RM120 kepada netizen di Facebook.

“Attention orang Kuching! Kamek nak merik 10 Kupon PERCUMA dari KCH Steam Burger bernilai RM120 kepada kitak ! Siapa maok?

Senang jak nak dapat, tok langkah yang perlu kitak polah kinek tok.

1) Like POST tok

2) Tag 3 rakan kitak

3) Share POST tok

Kamek nak pilih 5 orang jak dan contest tok akan ditutup 48 jam dari sekarang. Bertindak pantas sekarang !”

Ketika anda membaca maklumat ini, tawaran mungkin sudah ditutup. – Sarawakvoice

beger-seposen02 beger-seposen01 beger-seposen00