Ada buaya dalam parit di Jalan Matang baru

KUCHING: Akhbar tempatan melaporkan penduduk perumahan sekitar Jalan Matang baru gusar dengan kehadiran buaya yang kerap dilihat berada di parit kawasan terbabit.

Penduduk di kawasan tersebut mahu pihak berkuasa setempat mengambil tindakan dan menyiasat kehadiran reptilia yang didakwa sesat dan memasuki saluran parit terbabit sejak beberapa hari lalu itu.

Penduduk sekitar risau kerana kawasan tersebut selalu menjadi kunjungan penduduk termasuk kanak-kanak untuk menjala atau memancing.

Buaya biasanya bertindak ganas untuk melindungi sarangnya, lebih-lebih lagi jika ia bertelur dan rasa terancam daripada gangguan mangsa lain. – Sarawakvoice

buaya-sesat01