KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan,  menangkis kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  yang menyifatkan kenyataan disifatkan bekas perdana menteri sebagai ‘gila’.

Hakikatnya,  Tan Sri Zainudin Maidin berkata Malaysia boleh menjadi negara China tanpa perlu orang Cina membawa balik tanah negara ini ke negara China, berlawanan dengan kenyataan Nazri bahawa tanah negara ini tidak boleh dibawa balik ke negara asal mereka.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing.

Menempelak kenyataan pemimpin Umno itu, Zainuddin mempersoalkan, siapakah sebenarnya yang ‘gila’.

“Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar-bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai pekan China.

Ujarnya melalui blognya, kerajaan British dan seterusnya, kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang-wenang kepada orang asing dan bagi mengekalkan pemilikan Melayu dan penempatan Melayu.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir sebelum itu, kata Nazri:  “Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.

“Saya nak tanya Dr Mahathir kalau kita jual tanah sebanyak satu ekar kepada orang luar, lepas tu kita potong-potong tanah itu dan bawa ke China.

“Di Johor, kalau seekar kita potong-potong kemudian kita boleh ke hantar kepada negara China?,” soal Nazri lagi.

Beliau berkata, sekiranya sikap liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka pada era Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Haji Hussein, barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya di atas kertas. – Sarawakvoice

Leave a Reply