Ronaldo Pemain Terbaik FIFA 2016 selepas rangkul anugerah Ballon d’Or

ZURICH: Ketika rakyat Malaysia bangga meraikan sumbatan gol terbaik teknik “knuckleball” Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA, berlangsung pada majlis yang sama bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2016.

Pemain Portugal itu berjaya menyingkirkan dua nama unggul lain, Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Ronaldo sebelum ini turut berjaya menerima anugerah Pemain Terbaik Ballon d’Or 2016 di lokasi yang sama di Zurich.

Ronaldo ternyata menyerlah berbanding pesaingnya Messi.

Ronaldo berjaya menggenggam juara Liga Champions Eropah 2016, bat kali ketiga bersama Real Madrid.

Mantan pemain Manchester United ini juga berjaya merebut trofi Piala Eropah 2016 buat kali pertama bersama pasukan Portugal selepas berjaya menumbangkan Perancis 1-0 di pada final.

Selain menerima anugerah Pemain Terbaik, Ronaldo turut tersenarai dalam daftar 11 pemain terbaik dunia versi FIFA bersama empat pengurus Madrid lain iaitu Sergio Ramos, Marcelo, Luka Modric, dan Toni Kroos.

Empat lagi pemain Barcelona tersenari iaitu Gerard Pique, Andres Iniesta, Luis Suarez, dan Lionel Messi.

Sementara, Claudio Ranieri dijulang sebagai Pelatih Terbaik kerana berjaya membawa Leicester City meraih juara Liga Inggeris 2015/16.

Claudio mengalahkan dua calon lain, Zinedine Zidane (Real Madrid) dan Fernando Santos (Portugal). – Sarawakvoice