Wanita maut kenderaan langgar pokok di Jalan Kidurong

BINTULU: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kidurong dekat sini.

Pemangku Timbalan Ketua Penguatkuasa dan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2.45 petang ketika kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipandu mangsa sedang menghala ke Tanjung Kidurong dari Bintulu.

maut-d-bintulu01

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang memandu berseorangan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar pokok di bahu kanan jalan.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabman mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Nyabau dekat sini untuk rawatan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sekitar jam 3.30 petang ketika proses rawatan berlangsung.

Mathew berkata, mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Wong Soon Nye, 49 tahun dari Lot Sungai Plan dekat sini.

maut-d-bintulu00

“Siasatan awal menjurus kepada kecuaian mangsa sendiri kerana gagal mengawal kenderaan.

“Bagaimanapun kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca sebenar.” – Sarawakvoice

Leave a Reply