KUALA LUMPUR: Sama ada memakai kostum tradisional Melayu ataupun sut lengkap menghadiri Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tidak lagi menjadi isu penting kerana cuaca sejuk Zurich boleh menjadi penentu akhirnya.

Kini, kisah kejayaan awal pagi Selasa waktu tempatan, Mohd Faiz Subri terukir mengharumkan nama Malaysia apabila melakar kejayaan melalui teknik “knuckleball” memenangi Anugerah Puskas untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016

Faiz, 29, penyerang Pulau Pinang 29 tahun mencetak sepakan ajaib “yang selalu dalam jadual latihannya” ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 16 Februari tahun lepas.

Anugerah di Zurich ternyata mengiktiraf gol ajaib itu untuk meletakkan Faiz sebagai pemain Asia pertama untuk sebaris nama Cristiano Ronaldo dan Neymar menerima Anugerah Puskas.

Bahkan, pada malam bertuah itu, bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo sekali lagu muncul sebagai pemain terbaik FIFA 2016 menyingkirkan dua nama unggul lain, Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Anugerah tersebut mengambil nama sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang popular bersanma Real madrid sekitar tahun 1950 hingga 1960-an

Faiz merupakan tiga calon akhir bersama Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez yang disenarai pendek daripada keseluruhan 10 jaringan tercantik bagi musim 2016.

Bahkan, sepakan percuma jarak jauh oleh Lionel Messi pada kempen Copa America dan tendangan Neymar semasa Barcelona menentang Villarreal, gagal tersenarai dalam gol tercantik top 3 itu.

Faiz, pemain kelahiran Kedah, menerima anugerah semasa majlis Anugerah Terbaik FIFA 2016 yang disiarkan di seluruh dunia.

Senarai penerima Anugerah Puskas sebelum ini: Pemain Portugal, Ronaldo (2009), pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil,

Neymar (2011), Miroslav Stoch, Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic, Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez 2014, pemain Brazil, Wendell Lira (2015).

Bernama melaporkan, di Kampung Pida 6, Tok Kepak di Ayer Hitam, rumah ayah Faiz, Subri Kader, 64 menjadi tumpuan penduduk menjelang pengumuman keputusan Anugerah Puskas FIFA 2016.

Skrin layar dipasang di luar rumah bagi meraikan kemenangan yang sudah dapat dirasakan milik Faiz itu.

Tetamu yang hadir dijamu nasi lemak dimasak sendiri oleh ibu Faiz, Saadiah Ishak, 55.

Manakala, puluhan hamper disediakan oleh rakan Mohd Faiz bagi memeriahkan suasana bersejarah itu. – Sarawakvoice

Leave a Reply