Siapa John Ledgend, artis baru Los Angeles?

LOS ANGELES: Kehadiran penyanyi lagu “All of Me” John Legend pada Golden Globe 2017 di Los Angeles, Amerika Syarikat Ahad lalu cukup bermakna sebagai salah seorang penerbit eksekutif dan pelakon filem ”La La Land”.

Filem tersebut meraih tujuh trofi dan memecah rekod Golden Globe sebagai karya yang membolot kemenangan terbanyak.

jl01

Namun, ada sesuatu yang tidak kena pada nama yang dicetak untuk nama “John Ledgend”.

Johd Legend sempat bergambar dengan cetakan nama “John Ledgend” itu yang memperlihatkan wajah kecewanya pada majlis malam tersebut.

Ia mungkin bukan hal yang besar jika isterinya Chrissy Teigen yang turut hadir pada majlis berprestij itu tidak memuat naik sambil mentertawakan reaksi wajah suaminya itu di Twitter.

Kicauan di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen; positif dan negatif yang menganggap pasangan itu cuba berjenaka. – Sarawakvoice