Serpihan era Dinasti Qing ditemui di bawah Balai Polis Sentral Kuching

KUCHING: Penemuan pelbagai serpihan seramik, yang dipercayai dari era Dinasti Qing di hadapan Balai Polis Sentral dekat sini sejak Jumaat lalu membuktikan Kuching pernah menjadi pusat perdagangan yang gah suatu ketika dahulu.

Dinasti Qing yang turut dikenali sebagai Dinasti Manchu wujud sejak 1644 sebelum berakhir pada tahun 1912, apabila pemerintah terakhirnya Pu Yi menjadi monarki terakhir untuk negara China.

Menurut Ketua Unit Arkeologi, Sherman Sauffi William yang juga Penolong Kurator Jabatan Muzium Sarawak, kedatangan masyarakat Cina ke Sarawak semenangnya diakui sejak abad kelima lagi melalui aktiviti perdagangan.

“Malah komuniti ini telah bertandang ke Kepulauan Borneo begitu awal, apabila Laksamana Cheng He menghantar panglimanya ke Singkawang.

“Kumpulan inilah kemudiannya membentuk komuniti Cina Bau, yang kemudian menyerang istana Brooke pada tahun 1854.

Sherman menambah, pihak Jabatan Muzium Sarawak telah dimaklumi oleh pihak kontraktor pada Jumaat lalu berkaitan penemuan bersejarah tersebut.

“Lanjutan itu, pegawai Seksyen Penguatkuasa dan Seksyen Arkeologi jabatan berkunjung ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan awal.

Siasatan awal itu menemui serpihan tembikar, seramik dan botol selain dan tembikar.

“Sebanyak 50 keping pecahan seramik, tembikar dan botol telah berjaya dikumpulkan manakala selebihnya ditemui pada proses penggalian pada hari ini.

“Secara keseluruhan sebanyak 150 serpihan telah ditemui,” katanya lagi.

Proses penyelidikan kini sedang berlangsung, termasuk membuat lakaran objek-objek tersebut. – Sarawakvoice

1 COMMENT

Leave a Reply