Parkir terhad, jalan menjadi sesak di Hospital Umum Sarawak, tindakan segera diperlukan

KUCHING: Berikutan penutupan kawasan parkir swasta beberapa minggu lalu, keadaan sesak untuk memparkir kenderaan di kawasan Hospital Umum Sarawak (HUS)

Tinjauan sarawakvoice.com hari ini mendapati keadaan menjadi kucar-kacir dengan laluan untuk memasuki ke ruang utama hospital sesak sehingga 10 ke 15 minit, berpunca dari kawasan bulatan yang menerima kehadiran kenderaan dari arah Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

“Keadaan ini menyebabkan ambulans yang membawa pesakit pun sukar untuk lalu.

“Kenderaan yang bersesak, menyebabkan sukar untuk pergerakan memberi ruang kepada ambulans.

“Ia menyebabkan ambulans terpaksa menunggu lama di laluan yang sama hingga terlewat untuk menghantar pesakit,” kata seorang pengguna laluan.

Sehubungan itu katanya, tindakan segera perlu diambil untuk menangani isu ini.

“Ini termasuk menyedia laluan alternatif dengan mewujudkan jalan satu lorong untuk memasuki HUS selain mencari kaedah untuk memboleh pengguna memparkir kenderaan mereka dengan selamat.

Rancangan membina parkir bertingkat di HUS sudah lama diperkata namun sehingga sekarang belum tampak pembinaannya.

Dianggarkan lebih 3000 kenderaan diletakkan di sekitar HUS setiap jam pada waktu pejabat. – Sarawakvoice

hus-sesak00