KUALA LUMPUR: MCA tidak berganjak daripada pendiriannya, dan akan terus membantah rancangan PAS  menganjurkan perhimpunan mega bulan depan bagi memberi penerangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, kata Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

MCA secara konsisten dalam beberapa bulan lalu menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah

Sambil menyifatkan perhimpunan itu berkemungkinan mencetuskan perpecahan antara kaum, Liow berkata MCA menentang himpunan sekiranya ia memecahbelahkan masyarakat dan mencetuskan perpecahan dalam negara.

Beliau berkata  demikian kepada media selepas menyertai larian di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) pagi semalam.

Usul Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu dijangka dibahaskan di Parlimen pada Mac ini.

Pas berkata, perhimpunan mega  bulan pada 18 Februari di sini bertujuan untuk menghilangkan keraguan dan kebimbangan umum tentang pindaan berkenaan.

Liow pernah berkata cadangan dibawa  Abdul Hadi  itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan dipetik berkata, komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan Pas melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua. – Sarawakvoice