WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bukan sahaja terkenal mengeluarkan kenyataan kontroversi, bahkan dilihat sanggup mengambil tindakan melawan arus.

Ketika Presiden AS Barrack Obama dilihat mengambil tindakan berseteru dengan Rusia, Trump dilihat cuba berlunak.

Dalam tulisannya di Twitter, Trump menegaskan hubungan baik dengan Rusia adalah tepat.

Trump membayangkan kerjasama Rusia-AS bahkan dapat bersama menyelesaikan pelbagai permasalahan dunia.

Kini, hubungan AS-Rusia semakin tegang apabila Obama secara terbuka menuduh Rusia terlibat meretas pemilihan presiden AS dalam pilihan raya lepas.

Bahkan, Obama mengambil tindakan mengusir 35 diplomat Rusia.

Trump menulis di Twitter bahawa, menjalin hubungan baik dengan Rusia merupakan hal yang bagus.

Beliau menganggap, hanya orang bodoh menganggap hal tersebut buruk.

“Kita sudah memiliki cukup banyak permasalahan di dunia tanpa perlu menambahkannya,” tulis Trump pada Ahad.

Tambah Trump lagi, “ketika saya rasmi menjadi Presiden, Rusia akan menghargai kita lebih baik berbanding masa ini.

“Kedua-dua negara akan bekerjasama memecah permasalahan besar dan menangani pelbagai isu di dunia,” tambah Trump. – Sarawakvoice