Kantoi, al-Jazeera siar komplot Yahudi catur politik Britain, Ahad ini

https://www.youtube.com/watch?v=Acj4kwCbTrI

LONDON: Intrig, komplot dan konspirasi politik antarabangsa melibatkan kepentingan bangsa Yahudi dan negara Israel bukan lagi rahsia besar di arena global.

Di London, seorang pegawai kanan di Kedutaan Israel di London, Shai Masot terakam video membincangkan komplot menjatuhkan beberapa anggota Parlimen Britain yang dianggap berbahaya dan dianggap bersikap pro-Palestin.

Di antara nama anggota parlimen yang disebut dalan rakaman video tersebut ialah Menteri Luar dan Keamanan Britain, Sir Alan Duncan.

Tidak menyedari perbualan tersebut dirakam dalam operasi memerangkap kenyataan mangsa, Shai mengaku beliau pegawai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan kini bekerja sebagai staf politik senior di kedutaan London.

Shai juga menyebut berkaitan Menteri Luar Britain, Boris Johnson yang dianggapnya sebagai “idiot” atau bodoh.

Dalam rakaman tersebut, Shai bercakap dengan pembantu politik anggota parlimen Parti Konservatif, Robert Halfon bernama Maria Strizzolo.

Menurut Guardian pada Ahad, Shai bertanya adakah Maria sedia membantunya menjatuhkan beberapa anggota parlimen Britain itu.

Apabila nama Sir Alan Duncan disebut, Maria terkejut dan bertanya: “Kamu masih mahu melakukannya?”

Shai mengatakan Duncan masih menimbulkan banyak masalah dan belum dapat diatasi.

Rakaman tersebut dibuat oleh Robin, wartawan penyiasat al-Jazeera yang menyamar sehingga dianggap oleh Shai dan Maria sebagai pekerja organisasi penyokong Israel dalam Parti Buruh.

Duta Besar Israel di Britain, Mark Regev meminta maaf kepada Sir Duncan.

Jurucakap Kedutaan Israel menyebut ucapan Shai tidak dapat diterima.

Kedutaan Israel juga menegaskan Shai segera diminta berundur dari kerjayanya di kedutaan dalam waktu dekat.

Sementara, jurucakap pejabat Kementerian Luar British berkata, duta Israel sudah mengemukakan permohonan maaf dan ia tidak mencerminkan pandangan kedutaan.

“Kami menganggap isu ini sudah selesai dan hubungan United Kingdom-Israel terus kekal kukuh,” katanya.

Shai yang mendakwa dirinya sebagai pegawai tentera Israel, enggan mengulas dakwaan dia mahu menyingkir beberapa anggota parlimen tersebut.

Sementara itu, al-Jazeera mengaku operasi penyamaran Jun-November 2016 itu berjaya merakam pelbagai perbualan, termasuk aktivis pro-Israel, ahli politik British serta kakitangan kedutaan Israel.

Rakaman berkenaan bakal disiarkan oleh al-Jazeera dalam dokumentari empat jam bermula 15 Januari ini. – Sarawakvoice