Bakar Perodua Viva, kemudian cabul jiran

SEREMBAN: Seawal 3.30 pagi, lelaki yang dikatakan menghidap masalah mental mengetuk kuat di luar rumah, sebelum sejam kemudian dia bertindak membakar kereta Perodua Viva.

Kejadian di Felda Jelai Gemas, Tampin itu menyebabkan pemilik kenderaan kerugian sekitar RM20,000 termasuk musnahnya kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kamera Canon, GPS serta beg pakaian dan kasut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak suspek berusia 39 itu kemudiannya, sekitar 9.30 pagi memasuki rumah jiran sebelah rumah lalu bertindak memeluk wanita berusia 34 tahun.

Sebelum ini suspek, penganggur dan masih bujang itu tidak pernah membuat masalah dengan jiran.

Suspek mempunyai masalah mental itu tidak mempunyai rekod hospital dirujuk dengan pakar psikiatri Hospital Segamat.

Siasatan awal kes kebakaran mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan bagi dakwaan cabul disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan mendapati suspek pernah terlibat dadah sebelum ini. – Sarawakvoice