Pemandu lori balak pecah kepala, perut terburai digilis lori sendiri di Julau

JULAU: Pecah kepala dan perut terburai. Itu nasib yang menimpa seorang pemandu lori balak selepas digilis lorinya sendiri petang semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, insiden berlaku sekitar jam 3 petang semalam di Jalan Lasi dekat sini.

“Ketika kejadian, mangsa yang memandu lori jenis Nissan sedang menuruni kawasan cerun dengan muatan kayu balak sebelum hilang kawalan disebabkan salah satu tayar hadapan sebelah kanannya tercabut.

maut-lori-0002

“Mangsa berusaha menyelamatkan diri dengan melompat dari lori tersebut, namun mendarat di tempat yang salah sebelum digilis tayar belakang lorinya.

Kata Mathew, mangsa yang mati serta-merta kemudian dikenal pasti sebagai
Stanly Mangin, 38 tahun dari Rumah Segan, dekat sini.

Siasatan lanjut sedang diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

maut-lori-0000