KUALA LUMPUR: Human Immunodeficiency Virus (HIV) hanya boleh hidup dalam cecair badan, tetapi tidak masuk akal untuk virus tersebut bertahan dalam makanan tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan tidak berasas tuduhan yang mengatakan buah-buahan dalam tin yang diimport dari Thailand mengandungi virus HIV.

Menurut Noor Hisham, pihak kementerian sentiasa mengawal semua produk makanan import demi memastikan ia selamat.

Kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang berpotensi mengancam kesihatan pengguna.

Noor Hisham menggesa orang ramai yang mempunyai kemusykilan berkaitan isu keselamatan makanan agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq. – Sarawakvoice

Leave a Reply