MIRI: Pura-pura menjual burger, sebenarnya wanita berusia 28 tahun aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah di gerainya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Miri menyerbu rumah di Desa Pujut sekitar 11.30 pagi.

Di rumah tersebut BSJN menemui dadah jenis syabu 0.45 gram dan ganja 3.27 gram.

Suspek diarah menjalani ujian kencing di ibu pejabat BSJN Miri dan hasilnya menunjukkan dia positif dadah jenis Amphetamine.

Menurut Leng Huat suspek yang mendapat bekalan dadah daripada lelaki tempatan itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sekyen 6, dan Sekyen 15(1) (a) akta yang sama. – Sarawakvoice