SUNGAI PETANI: Lelaki durjana dan tak ada maruah.

Sanggup melacurkan isteri hanya dengan RM50!

Akhirnya, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam kelmarin.

Sebelum itu, isterinya berusia 24 tahun ditahan ahli rukun tetangga perumahan di  rumah kosong di Lorong Anggerik, Bandar Amanjaya di sini kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh.

Ketika ditahan, lelaki terbabit dikatakan sedang berada di rumah sewa sekumpulan warga Bangladesh, bersebelahan rumah kosong tersebut.

lacur-isteri01

Lelaki Bangladesh itu bagaimanapun sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, mangsa yang tinggal di Flet Paya nahu, dekat sini mendakwa dia dibawa secara paksa  oleh suaminya ke rumah terbabit untuk melayan nafsu lelaki Bangladesh berkenaan.

Difahamkan suami wanita itu  menunggu di dalam kereta bersama-sama dengan anak bongsu mereka sehingga dia selesai melayan nafsu lelaki terbabit.

“Wanita itu juga mendakwa terpaksa mengikuti arahan suaminya yang merupakan seorang penganggur walaupun tanpa kerelaannya kerana takut dipukul,” katanya.

Suspek direman hingga 10 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 (1) Kanun keseksaan. – Sarawakvoice