Penyelam hidup meski panah besi tembusi kepala

Pantang maut sebelum ajal, dan malang tidak berbau.

Seorang  lelaki terselamat meskipun kepalanya ditembusi sebatang anak panah diperbuat daripada besi dalam kejadian ketika mangsa mengikuti aktiviti memanah ikan di Amerika Utara.

Kejadian  ngeri itu dipercayai berlaku di kawasan pesisiran pantai di Bahamas.

Gambar lelaki yang identinya tidak dikenal pasti kelihatan terbaring di katil sebuah hospital tersebar dalam laman sosial sejak Rabu lalu.

Kelihatan besi panjang menembusi kedua-dua belah bahagian pipinya dan darah turut kelihatan keluar di bahagian hidung.

Doktor berjaya mengeluarkan besi tersebut menerusi pembedahan.

Gambar selepas dia menjalani rawatan juga turut dikongsikan oleh rakan wanitanya yang menunjukkan lelaki itu tersenyum dalam keadaan kepalanya berbalut.

“Ini sebabnya saya takut  menyertai aktiviti memanah ikan,” kata wanita itu. – Sarawakvoice