Majlis Agenda DBKU 13 Januari, tawar Axia untuk dimenangi

KUCHING: Sejajar agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2017, “Memperkasa KomunitiKU”, Majlis Agenda DBKU edisi keenam diadakan bermula Jumaat depan, 13-15 Januari di pejabat Jalan Depo.

Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai mempelawa warga Kuching memeriahkan majlis tersebut yang bertujuan memupuk perpaduan di kalangan warga kota Kuching.

Program tiga hari itu diisi dengan 11 program antaranya ekspo pameran, kuiz, ekspo pameran, DapurKU, rekreasi, Malam Marhabah BandarayaKU, DBKU Town Hall Session 2017, program kesihatan serta beberapa pesta.

Bercakap mempengerusikan sidang media Majlis agenda DBKU 2017 dan Majlis Chap Goh Meh 2017 di Bilik Seminar Allamanda, Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, beliau berkata majlis terebut dirasmikan pada waktu malam oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 14 Januari ini.

Menurut Abdul Wahap lagi, Lorong Cenderawasih, Jalan Depo ditutup bermula 6 petang hingga 11 malam pada 14 Januari ini.

Sementara, 13-15 Januari, lorong tersebut dijadikan jalan sehala.

Berita baik buat pengunjung yang menyertai kuiz e-peraduan kerana pemenang berpeluang membawa pulang kereta Axia. – Sarawakvoice

Leave a Reply