Mahu tembak ibu sendiri, gara-gara tidak diberi wang diminta

MIRI: Tidak diberi wang yang diminta daripada ibunya, 48, anak lelaki, 28, tega mahu menembak ibunya sendiri menggunakan senapang guli.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, kejadian 11 pagi di Rumah Ulat Sungai Manong, Niah pada Khamis itu memaksa, si ibu melarikan diri ke rumah Ketua Kaum untuk mendapatkan pertolongan.

Siasatan awal mendapati, anak mangsa seorang penganggur dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pihak polis cuba mengesan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice