KUALA LUMPUR: Setahun menghilang di Madinah, Nor Azimah, 32 yang pulang ke tanah air, banyak berdiam diri ketika ayahnya Ibrahim Abdul Rahman mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ibrahim, 55 menurut Bernama, tidak pasti hal yang berlaku terhadap Nor Azimah selama hilang di Madinah.

Nor Azimah dilaporkan hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember 2015 ketika mengerjakan umrah bersama ayah dan ibunya.

Kepulangan Nor Azimah disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat.

Nor Azimah ditemui pada 13 Disember lepas oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Ibrahim yang hanya mengetahui kepulangan di KLIA melalui WhatApps rakannya, terus ke KLIA mengambil Azimah 12 tengah hari menaiki pesawat MAS dari Jeddah.

Ibrahim berpendapat Azimah memerlukan masa sebelum menceritakan kejadian sebenar semasa hilang di Madinah.

Ibrahim berkata, anaknya sihat tetapi dalam keadaan belum bersedia untuk bercerita.

Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Konsul Malaysia di Jeddah dan pihak keselamatan Arab Saudi atas kepulangan anak mereka. – Sarawakvoice

Leave a Reply