Pada Pilihanraya Negeri Sarawak  tahun lepas, Ketua Menteri Sarawak  berjanji akan menyelesaikan pelbagai isu  termasuk isu tanah adat, isu pendidikan Cina  dan hak serta autonomi negeri Sarawak.

Selepas  kemenangan besar dan bersejarah PRN Sarawak dengan memenangi 72 daripada 82  buah kerusi, Datuk Patinggi Adenan Satem mula mengotakan janji-janji pilihan raya negeri.  Banyak yang sudah ditunaikan,  namun terdapat juga seolah-olah  BN Sarawak terikat tangan dalam isu menunaikan janji.

Hal ini kerana terdapat hambatan yang menghalang pelaksanaan berjalan lancar.  Isu pendidikan Cina seperti bantuan RM 50 juta kepada sekolah bantuan Cina terhambat kerana  ia di bawah tanggungjawab dan di bawah kuasa Persekutuan.  

Sebenarnya isu bantuan RM 50 juta tidak tersalur akibat pemotongan peruntukan  pada semua kementerian. Ia bukan sahaja memberikan kesan kepada bantuan peruntukan sekolah Cina, tetapi banyak memberikan impak besar  kepada sekolah-sekolah kerajaan.

Janji bagi mempertimbangkan sijil UEC pula hanya diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada dasarnya. Namun sebaliknya di peringkat persekutuan. Sebagai sebuah negara persekutuan, ia tertakluk  bahawa undang-undang tertinggi ialah undang-undang atau perlembagaan negara. Apa-apa perundangan yang cuba digubal sekiranya mengatasi Perlembagaan Persekutuan akan automatik terbatal.

Isu NCR

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai cukup sumber dan kepakaran dalam menyelesaikan secara jelas  atau membuat pindaan isu Undang-undang Tanah Adat sekiranya diperlukan. Adakah pemakai menoa dan pulau galau masih tidak difahami oleh penduduk peribumi?

Sampai bilakah isu  seumpama terus berpanjangan hampir lebih 50 tahun pembentukan Malaysia? Adakah perlu menunggu selepas PRU ke -15 atau ke-16?

Rakyat Sarawak terkenal dengan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi.  Sekiranya isu ini tidak diselesaikan  dengan baik  sudah pasti undi yang diperoleh tidaklah sebaik keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Namun dijangka protes undi terlalu kecil lebih tertonjol di peti pengundi Cina.

Justeru, tempoh dialog dan runding perlu dimuktamadkan segera dengan penyelesaian yang lebih konkrit dan menyakinkan agar isu-isu yang membelenggu  ditangani segera. – Sarawakvoice

Leave a Reply