Polis Kuching tahan lelaki kerana miliki syabu di Bintawa Hilir

KUCHING: Polis Kuching berjaya menahan seorang lelaki di Kampung Bintawa Hilir dekat sini semalam, kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 1.10 petang bersandar maklumat awam.

“Hasil serbuan ke rumah suspek, pasukan siasatan jenayah narkotik IPD Kuching berjaya menemui beg yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 22.34 gram dengan anggaran nilai RM4020.

“Ujian urin terhadap suspek kemudian mendapat keputusan positif dadah jenis Amphetamin.

Suspek katanya lagi merupakan seorang penganggur berumur 35 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah 20 ke 50 gram dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. – Sarawakvoice