Kerana panik, empat mangsa terjun bangunan terbakar, seorang terbunuh di Miri

MIRI: Empat mangsa bertindak nekad terjun bangunan, dengan seorang daripadanya terbunuh dalam satu kejadian kebakaran di sini sebentar tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 7.28 malam tadi.

“Dua jentera kemudian dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Lopeng dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Merbau dalam tempoh enam minit.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat  jenis kekal, yang terbakar pada kadar 30 peratus di tingkat dua.

“Kerana panik mangsa bagaimanapun bertindak terjun dari bangunan sebelum pihak bomba tiba.

Operasi pemadaman katanya, kemudian dilakukan dengan menggunakan dua aliran 300 kaki, empat nozel dan sumber air daripada pili bomba yang berdekatan.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 8.45 malam dan kerja-kerja penyejukan kini sedang dilaksanakan.

Mangsa yang maut kerana terjun kemudian dikenal pasti sebagai Huong Shi Fung, 20 tahun, seorang warga tempatan.

Punca kebakaran sedang disiasat pasukan forensik. – Sarawakvoice

Leave a Reply