JASIN: Komitmen kerajaan melebarkan sayap dan meneroka pasaran baharu antara punca Harga komoditi sawit dan getah dijangka terus mengukuh tahun ini.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Seri Ahmad Hamzah

berkata berdasarkan peningkatan harga sehingga 45 peratus tahun lepas serta

beberapa langkah kerajaan meneroka pasaran sawit terutama di China, membantu mengukuh harga sawit.

Bercakap selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan bagi kawasan Parlimen Jasin, menurut Bernama, Ahmad berharap pekebun kecil dapat manfaatkan pendapatan mereka ketika harga sawit kukuh bagi menghadapi masa genting.

Tahun lepas, pengeluaran sawit susut 20 hingga 30 peratus berpunca daripada cuaca tidak menentu serta fenomena el-Nino yang melanda negara. – Sarawakvoice

Leave a Reply