KUALA LUMPUR: Rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven menjelaskan kejadian tikus memasuki mesin pemanas makanan yang hangat diperkata di laman sosial adalah kejadian terpencil.

“Kami telah mengadakan siasatan dalaman dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Daerah Petaling berhubung perkara tersebut.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 2 Januari lepas di cawangan 7-Eleven di Kelana Centre Point.

Dalam penjelasannya itu, 7-Eleven berkata, pihaknya “mempunyai jaminan kualiti audit dan langkah kawalan serangga atau binatang perosak untuk mencegah kejadian tersebut.”

“Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting dan kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit.

“Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami.

“Kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi amat kami hargai,” kata syarikat itu lagi dalam satu kenyataan hari ini. – Sarawakvoice

tikus-7e00