Banduan bunuh isteri, cucu, kini bunuh rakan sepenjara dengan toaster

SYDNEY: John Walsh, 77 yang meringkuk dipenjara Australia kerana membunuh isteri dan dua cucunya, kini sekali lagi berdepan dakwaan membunuh rakan sepenjaranya.

Walsh membunuh rakan sebilik penjaranya, Townsend, 71, di lokap warga emas di Sydney menggunakan alat pemanggang roti.

Ketika kejadian, pengawal penjara terdengar suara keras dari sel hunian Walsh dan Townsend pada dinihari Isnin lepas.

Menurut AFP pada Selasa, jurucakap New South Wales Corrective Service memberitahu, ketika petugas menyalakan lampu dia terlihat Walsh menyerang Townsend.

Townsend dilaporkan sempat dikejarkan ke hospital, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap berkata, pihaknya masih belum mengetahui punca mengapa Walsh memukul Townsend menggunakan alat pemanggang roti.

Walsh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2008 selepas didapati bersalah membunuh isteri dan cucunya.

Walsh memukul isteri dan cucunya yang berusia tujuh tahun sehingga maut.

Dia turut menenggelamkan cucunya yang lain di dalam tab kamar mandi sebelum cuba membunuh anak perempuannya dengan kapak.