SPRM tahan Ketua Setiausaha bergelar Datuk

KUALA LUMPUR: Satu lagi ikan yu masuk jaring badan pencegah rasuah hari ini.

Seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah sekitar jam 8 pagi tadi.

Penahanan penjawat kanan bergelar Datuk  itu berusia 59 tahun, dan ditahan di rumahnya di Petaling Jaya, menurut The Star online.

Difahamkan tersangka mempunyai kuasa dan kebebasan untuk  menentukan dan melantik kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan suspek.

Beliau disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk meminta rasuah. – Sarawakvoice