Sarawak perlu siap sedia hadapi banjir besar Januari-Mac : Zahid

JELI: Penduduk Sarawak perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir dalam tempoh Januari hingga Mac depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang perlu turut bersedia ialah penduduk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah berikutan ketibaan musim tengkujuh yang bermula lewat kali ini.

“Kebiasaannya banjir musim tengkujuh berlaku mulai Disember, namun kali ini ia
bermula bulan ini.

ramal-banjir-zahid-0000 “Oleh itu penduduk di negeri terbabit perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir,” katanya pada perjumpaan dengan mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas di sini semalam.

Seramai 239 orang daripada 56 keluarga kini ditempatkan di SMK Ayer Lanas
setelah air naik di kawasan tersebut.

Katanya, bagi menguruskan sesuatu bencana dengan lebih terancang dan
melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan, kerajaan telah menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang menggabungkan kepakaran pelbagai agensi sebelum ini.

Nadma akan membantu mengkoordinasikan pelbagai bantuan termasuk penyelamatan yang diperlukan ketika berhadapan bencana seperti ini, jelasnya lagi. – Sarawakvoice

ramal-banjir-zahid-0001