KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan bimbang akan kes tersalah potong zakar ketika berkhatan ia akan menilai amalan prosedur berkhatan di negara ini agar kejadian sedemikian kes sedemikian tidak berlaku.

Datuk Dr.Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang berat dua kes yang berlaku di klinik swasta baru-baru ini.

Siasatan lanjut terhadap kejadian itu sedang dijalankan.

“Walaupun berkhatan merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur itu mungkin parah kepada pesakit,” katanya.

Untuk itu, ujarnya, kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengamal perubatan yang melaksanakan prosedur berkhatan tanpa menjalani latihan diperlukan.

Menurut Dr Noor Hisham, pengamal perubatan sama ada di sektor swasta atau kerajaan perlu menjalani latihan sewajarnya agar mereka boleh menjalankan prosedur berkhatan dengan kompeten dan selamat.

Pada 15 dan 20 Disember lalu, dua doktor berlainan tanpa sengaja telah terpotong sebahagian kepala dua kanak-kanak sewaktu melakukan proses khatan. – Sarawakvoice