KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang berkata mendaftarkan diri sebagai pengundi perlu dijadikan sebagai azam tahun baharu bagi mereka yang belum berbuat demikian.

Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyeru mereka yang berusia 21 ke atas supaya mendaftar dengan Surujanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melayakkan mereka mengundi dalam pilihan raya umun (PRU) akan datang.

PRU14 dijangka diadakan sama ada pada bulan Mei atau September tahun ini.

“Mengundi menentukan masa depan negara,” katanya.

Kata Wan Azizah yang juga Presiden PKR, perubahan tidak akan berlaku jika rakyat dan pengundi tidak bersatu dari segi sumber dan tenaga.

Katanya tahun 2017 perlu dijadikan tahun untuk mengingatkan rakyat bahawa menjadi tanggungjawab Barisan Nasional untuk berkhidmat kepada rakyat dan peranan pembangkang pula ialah memastikan berlakunya semak dan imbang.

Beliau juga menyeru Kerajaan supaya menggunakan cukai yang dikutip secara bertanggungjawab.

PRU kali ini disifatkan sebagai ibu segala PRU yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara BN dengan pembangkang tetapi penganalisis percaya dengan sokongan berterusan daripada pengundi di Sabah dan Sarawak sukar untuk pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas terutamanya menumbangkan BN. – Sarawakvoice