UTTAR PRADESH: Times of India memuat kisah wanita berusia 82 tahun bernama Vilasa “mati” 40 tahun lalu tiba-tiba pulang semula ke pangkuan anak perempuannya di rumah mereka.

Pada 1976, jiran menyangka Vilasa mati dipatuk ular tedung selar semasa dia bekerja di luar rumahnya di kampung Inayatpur, bandar Majahwan, Uttar Pradesh.

Vilasa dibawa berjumpa perawat tradisional, namun gagal diselamatkan.

Apabiula Vilasa diumumkan mati, lantas jirannya melakukan upacara sebelum menghanyutkan mayatnya ke sungai Ganga.

Vilasa menceritakan bahawa dia hanya pengsan selepas dipatuk ular.

Selepas dia dihanyutkan, dia diselamatkan oleh nelayan dan disedarkan di kuil berhampiran lalu menempat di kuil tersebut.

Vilasa tidak mampu mengingati asal-usulnya.

Bagaimanapun, Vilasa berkata apabila ingatannya pulih, dia cuba menjejak keluarganya sehingga berjaya menemui rumah anak perempuannya, Ram Kumari dan Munni.

Anak Vilasa segera mengenali ibu mereka melalui satu tanda lahir pada badannya. – Sarawakvoice