LIMBANG: Seorang remaja dikhuatiri lemas awal petang tadi selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Lubai, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa dilaporkan lemas sekitar jam 1.58 petang tadi.

“Sebaik menerima laporan, kita telah menghantar sebuah bot kevler dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang bagi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketika kejadian katanya, mangsa dikatakan sedang mandi sungai bersama-sama rakannya.

“Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Alexander Albertini Daud, 16 tahun dari
Rumah Apeng, Batu Riau Lubai.

Ketika berita ini ditulis, pasukan SAR masih dalam perjalanan. – Sarawakvoice