13 maut, 17 cedera parah kemalangan bas ekspres

MUAR: Seramai 13 orang maut dan 17 lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Pagoh, di sini, kira-kira jam 3.45 pagi tadi apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, lebuh raya Utara Selatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob dipetik berkata, berdasarkan pengecaman awal, mereka yang maut ialah dua lelaki Melayu, dua lelaki India dan seorang lelaki Pakistan.

Manakala tujuh lagi ialah lima wanita Melayu dan seorang wanita India. Seorang lagi wanita belum dikenal pasti.

Turut maut seorang kanak-kanak perempuan.

Identiti kesemua mangsa masih dalam proses dikenal pasti.

Semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah Muar.

Bas berkenaan yang membawa 29 penumpang termasuk seorang pemandu.

screen-shot-2016-12-24-at-10-10-28

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos pula berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian. Menurut beliau lagi, insiden berlaku berhampiran Kampung Jayo turut mengorbankan pemandu bas dan seorang kanak-kanak.

“Bas jenis Golden Coach itu sedang menghala ke utata sebelum terbabas ke tepi jalan dan menyelusur gigi jalan dalam jarak 300 meter sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi 3 meter,” katanya.

“Seramai 37 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian,” kata Mohd Yusof.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi.

Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice