Pesawat TUDM terhempas di Butterworth, seorang maut 3 cedera

KUALA LUMPUR: Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan petang tadi mengesahkan sebuah pesawat Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth petang tadi.

Menurut kenyataan TUDM, kejadian yang berlaku berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth dekat sini jam 5.18 petang tadi mengorbankan seorang anak kapal.

Tiga lagi anak kapal tersebut cedera dan dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya dekat sinu.

Kesemua keluarga mangsa yang terlibat telah dimaklumi, dan akan dimaklumkan kepada pihak nedia sedikit masa lagi.

TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengkaji punca kejadian. – Sarawakvoice