Cuti pada Selasa depan di Kelantan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan mengumumkan 13 Disember sebagai cuti umum negeri itu  sempena keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke Kuala Lumpur.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob  mengumumkan perkara berkenaan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri itu..

Beliau berkata, cuti pada Selasa depan itu adalah bagi membolehkan Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, 47,   yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, berkuat kuasa 15 Disember ini bertemu dengan rakyatnya.

Tengku Muhammad Faris Petra menggunakan gelaran Sultan Muhamad ke V selepas dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010.

Baginda ialah yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Ahmad Yakob berkata, beliau dan pembesar-pembesar negeri akan mengiringi Sultan Muhammad V ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini menafikan telah mengisytiharkan  Selasa depan sebagai hari pelepasan am untuk seluruh Malaysia seperti didakwa melalui media sosial semalam.

Semalam, tersebar satu mesej di media sosial kononnya  Tan Sr Dr Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di Pertuan Agong yang baharu pada hari berkenaan. – Sarawakvoice