Arab Saudi batal yuran kenaikan visa haji, umrah

KUALA LUMPUR:  Kerajaan  Arab Saudi mengumumkan  pembatalan yuran kenaikan visa bagi umrah dan haji yang dimulai tahun ini,

Pengumuan itu dibuat oleh  Ahli  Jawatankuasa Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk.

Langkah itu susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan biaya kenaikan visa yang dianggap mahal.

Keputusan berkenaan pasti dapat meringankan beban jemaah haji dan umrah.

Arab Saudi  juga akan memberikan dua visa percuma kepada setiap perusahaan yang memiliki lesen yang terlibat dalam bidang haji dan umrah.

Pihak berkuasa Arab  turut mendesak orang Mesir supaya mewujudkan  badan yang mengawal selia perusahaan khusus dalam sektor  pelancongan agama.

Banyak negara Islam yang menyambut baik langkah kerajaan Arab  Saudi itu. – Sarawakvoice