Tiga universiti awam tersenarai antara terbaik dunia

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menduduki senarai 100 terbaik daripada 300 universiti melibatkan 50 negara.

Menurut laman web Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017 meletakkan UPM pada ranking 89, UTP ke-91 dan UTM pada tangga ke 100 sebagai universiti terbaik.

Manakala, dalam senarai 200 terbaik, THE menyenaraikan Universiti Sains Malaysia pada kedudukan ke-114 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tempat ke-136.

Berada dalam senarai 300 terbaik ialah Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengucapkan tahniah dan berkicau di Twitter: “Tahniah kepada universiti kita untuk pencapaian ini. Teruskan kejayaan, kerja keras tidak berakhir di sini – mara ke 100 terbaik dan seterusnya.” – Sarawakvoice

Leave a Reply