Portal The Heat Malaysia henti ulang tahun pertama

KUALA LUMPUR: Portal berita The Heat mati pada hari ulang tahun pertamanya.

Portal itu mengumumkan pemberhentian operasinya semalam, selepas hanya setahun diterbitkan atas talian sepenuhnya.

Kakitangan portal itu berkata menerusi pengumuman di laman webnya, mereka dimaklumkan langkah itu ialah keputusan perniagaan.

“Kakitangan The Heat Malaysia telah dimaklumkan bahawa portal ini akan berhenti daripada beroperasi pada 1 Disember,” katanya.

Kata pengumuman itu, reformis wujud dalam masyarakat, dan seperti mereka, portal itu berusaha menjadi peneraju kebenaran tanpa agenda tersembunyi.

“Kami tidak tunduk oleh pembuli. Kami juga takut dengan bigot,” katanya  sambil menambah  bahawa ia telah berusaha untuk membangkitkan apa-apa yang salah, dan menjadi suara kepada mereka yang tidak dapat bersuara.

“Suara itu sudah tiada lagi,” katanya.

The Heat Malaysia bukan yang pertama, dan bukan yang terakhir untuk hilang suara itu.

Media lain yang menghentikan operasinya pada tahun ini  ialah The Malaysian Insider dan Bloomberg TV Malaysia.

Media itu bermula sebagai akhbar cetak diterbitkan secara mingguan pada 2013, dan pernah digantung pihak berkuasa di bawah Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984 pada tahun yang sama.

Namun, penggantungan ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri pada 2014, dan ia kemudiannya beralih kepada operasi digital sepenuhnya pada 2015. – Sarawakvoice

Leave a Reply